loading...
Kesibukan kerja atau tugas bukan penghalang untuk makan bersama, kadang bila masa makan tu je lah nak luangkan masa untuk berborak atau menceritakan hal yang berlaku seharian. Jadi sambil makan tu sebenar ada rahsia tentang si dia yang kita boleh belajar terumanya dari cara dia makan.
Mari kita lihat 6 cara untuk lebih kenal tentang pasangan anda melalui cara mereka makan:-
Wah! Skema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat korang bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri korang sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Anda tetap satu di hatinya! Cewah!
2- Asyik membelek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah korang! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!
3- Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna korang masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan korang hingga kadangkala korang nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap korang dan tak mahu 'hilang' walau sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri korang. Berbahagialah yek!
4- Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan korang sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!
5- Makan sambil kerap
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan korang.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri korang. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas korang nanti!
loading...
0 Response to "6 Tips Ini Membantu Anda Mengenali Personaliti Pasangan Melalui Cara Dia Makan"
Post a Comment