loading...
PETALING JAYA: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' memohon maaf selepas membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.
Ibrahim mengaku insaf dan bertaubat serta memohon maaf kepada semua umat Islam atas tindakan dan kelakuannya yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Ibrahim mendakwa beliau diarahkan oleh "seseorang" untuk menjalankan amalan ritual itu, walaupun tidak mendedahkan individu berkenaan.
"Saya telah diarahkan oleh seseorang untuk melakukan semua drama ini untuk melindungi kepentingan mereka sendiri. Apabila orang itu bertanya kepada saya untuk melakukannya, saya yang menjadi mangsa.
"Saya tidur di lokap Dang Wangi selama dua hari dan di Jinjang selama tiga hari. Saya telah bertaubat, saya berjanji saya akan menghentikan semua ritual ini," katanya pada sidang media anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Rabu.
Ibrahim meminta supaya gelaran Raja Bomoh tidak lagi digunakan terhadap beliau.
Pada sidang media itu, Ibrahim membuat pengakuan bahawa amalan ritual yang dilakukannya adalah drama dan lakonan semata-mata.
"Semuanya drama, goyang buluh itu, saya bukan nampak apapun. Saya dilatih supaya buat goyang. Ambil buah kelapa macam bom, saya buat tetapi saya tak tahu apa yang saya buat itu salah," katanya.
Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad.
Ibrahim didakwa di Mahkamah Syariah pada Selasa selepas penahanannya di Segamat pada 21 April berhubung amalan ritualnya.
Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
Mahkamah Syariah memerintah Ibrahim untuk berkelakuan baik selama tempoh enam bulan dengan bon jaminan oleh dua penjamin.
Selain itu, Ibrahim juga akan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560).
Pada Mac lalu, Ibrahim melakukan ritual di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung kes pembuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Beliau turut melakukan upacara ritual menggunakan buah kelapa dan buluh di sebuah pantai di Bagan Lalang, kononnya untuk melindungi Malaysia dari Korea Utara.
Ibrahim mula menarik perhatian apabila melakukan dua upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Mac 2014, kononnya untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
loading...
0 Response to "RAJA BOMOH BERTAUBAT - SEMUA lakonan SAJA..RUPA- RUPANYA dia DISURUH OLEH SESEORANG untuk buat SEMUA ni....DIA NI LA YANG SURUH... dah dapat !!!"
Post a Comment